38 terbunuh dalam serangan bom berkembar di Baghdad

Agensi
Januari 15, 2018 22:28 MYT
Pasukan keselamatan menutup jalan tersebut dan membuat siasatan berhubung kejadian berkenaan. - Gambar REUTERS
Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam serangan berkembar pengebom bunuh diri di Baghdad.
Kementerian Kesihatan Iraq mengesahkan ia sebagai serangan kedua terburuk tahun ini.
Dalam kejadian pada Isnin di Tayeran Square itu lebih 100 yang lain mengalami kecederaan.
Seorang saksi kejadian, Alaa menceritakan detik ngeri terbabit.
"Semua orang di belakang saya terbunuh, mereka semua pekerja, kawan saya Kazim tercedera di kaki dalam letupan itu," jelasnya.
Tambahnya beliau mengharapkan agar Iraq akan dapat meningkatkan tahap keselamatan kepada penduduknya.
Insiden serangan itu dilakukan dua hari selepas Perdana Menteri Iraq Haider Al-Abadi mengisytiharkan kemenangan ke atas militan Daish Disember lalu dan menyatakan hasrat untuk mengadakan pilihan raya Parlimen pada Mei.
Susulan kenyataan itu penduduk mula bimbang akan berlaku peningkatan serangan untuk mengganggu perjalanan pilihan raya.
#Baghdad #bom #bunuh #daish #Iraq #keselamatan #letupan #militan #pilihan raya #serangan