4 askar India maut dalam pertempuran di Jammu dan Kashmir

Bernama
November 23, 2023 10:15 MYT
Polis dan tentera melancarkan operasi di hutan Gulabgarh di Rajouri pada Ahad berdasarkan risikan khas mengenai aktiviti militan di kawasan berkenaan. - Gambar fail/ AP
NEW DELHI: Seramai empat askar India terbunuh dalam pertempuran dengan di daerah Rajouri di wilayah Jammu dan Kashmir pada Rabu.
Antara yang maut, termasuk dua kapten tentera, lapor media tempatan pada Khamis.
Seorang daripada anggota pasukan yang cedera sedang menjalani rawatan.
Polis dan tentera melancarkan operasi di hutan Gulabgarh di Rajouri pada Ahad berdasarkan risikan khas mengenai aktiviti militan di kawasan berkenaan.
Mereka diserang pada pagi Rabu, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
#India #Pakistan #Jammu dan Kashmir #askar india maut