NAYARIT: Seramai 15 individu maut manakala 47 lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas di Lebuh Raya Pantai Pasifik Nayarit di Mexico, pada Jumaat.

Kejadian pada Jumaat lalu itu, yang turut meragut nyawa empat kanak-kanak, dilapor berlaku di laluan yang agak terpencil.

“Mangsa maut termasuk sekurang-kurangnya empat kanak-kanak,” kata pihak berkuasa Guanajuato.

Difahamkan kesemua penumpang yang berasal dari bandar Leon itu dalam perjalanan pulang dari Guayabitos, sebuah bandar di pantai utara Puerto Vallarta.

Empat puluh lima daripada mangsa cedera sedang dirawat di sebuah hospital.

Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kesemua mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Terdahulu, kemalangan sering terjadi disebabkan oleh penyelenggaraan bas sewa yang uzur, cuaca, keadaan lebuh raya atau pemanduan melebihi had.