4 kru tentera Australia hilang dalam kejadian helikopter terhempas

Agensi
Julai 28, 2023 23:45 MYT
Helikopter MRH-90 Taipan itu terhempas lewat malam Jumaat dan selepas hampir 12 jam kejadian itu, keempat-empat anggota berkenaan masih belum ditemui. - Gambar fail
BRISBANE: Seramai empat kru tentera Australia dilaporkan hilang selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di perairan lepas pantai timur laut negara tersebut.
Ketika kejadian, kesemua mereka terlibat dalam satu latihan tentera terbesar, kata Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles pada Sabtu.
Helikopter MRH-90 Taipan itu terhempas lewat malam Jumaat dan selepas hampir 12 jam kejadian itu, keempat-empat anggota berkenaan masih belum ditemui, kata Marles.
Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan mengumumkan sesi latihan bersama tentera Amerika Syarikat dan Australia yang melibatkan 30,000 orang dihentikan, sementara usaha mencari mangsa digerakkan. - Agensi
#empat kru hilang #tentera Australia #helikopter terhempas #helikopter MRH-90 Taipan