awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut, 6 cedera dalam letupan kilang mercun di Uttar Pradesh, India

Bernama
Bernama
16/06/2025
22:00 MYT
4 maut, 6 cedera dalam letupan kilang mercun  di Uttar Pradesh, India
Pegawai kanan polis di Amroha, Amit Kumar Anand memaklumkan kepada media bahawa empat wanita terbunuh di tempat kejadian dan mayat mereka telah dihantar untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat wanita maut manakala enam lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Isnin, menurut polis, lapor Xinhua.
Letupan itu berlaku di Kampung Atrasi, daerah Amroha, kira-kira 402 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.
Pegawai kanan polis di Amroha, Amit Kumar Anand memaklumkan kepada media bahawa empat wanita terbunuh di tempat kejadian dan mayat mereka telah dihantar untuk bedah siasat.
Enam wanita yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut Anand, kilang mercun itu berlesen.
Pegawai berkata, mangsa sedang bekerja di dalam kilang semasa kejadian.
Letupan tersebut mengakibatkan kerosakan besar pada struktur bangunan yang terletak di tengah kawasan pertanian. Punca letupan masih belum diketahui.
Siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#letupkan kilang mercun
#Uttar Pradesh
#empat wanita maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami