4 maut, 8 cedera kereta lumba rempuh penonton di Hungary

Agensi
Mac 24, 2024 22:15 MYT
Kereta lumba yang terbabas sehingga merempuh penonton ditunda olah kenderaan pengangkut dalam kejadian yang berlaku pada Ahad di sebuah litar lumba di utara Hungary. - Gambar Reuters
BUDAPEST: Empat orang maut sementara lapan lagi cedera selepas sebuah kereta lumba terbabas dari jalan raya dan merempuh sekumpulan penonton di utara Hungary pada Ahad.
Menurut polis tempatan, kemalangan tersebut berlaku apabila kereta lumba itu terbabas keluar dari litar perlumbaan.
Polis turut memaklumkan, punca kejadian masih dalam siasatan.
Lapan ambulans dan empat helikopter telah dihantar ke tempat kejadian, menurut Perkhidmatan Ambulans Kebangsaan Hungary.
Dua orang termasuk seorang kanak-kanak mengalami kecederaan parah, manakala enam mangsa lain cedera ringan.
Video-video di media sosial menunjukkan sebuah kereta hilang cengkaman di atas jalan berturap sebelum terbabas ke arah penonton yang berkumpul untuk melihat perlumbaan. - Agensi
#kereta lumba #rempuh penonton #kemalangan #litar lumba