awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kampung Angkat MADANI: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut, beberapa cedera dalam letupan di selatan, barat daya Iran - Laporan

Bernama
Bernama
31/01/2026
23:30 MYT
4 maut, beberapa cedera dalam letupan di selatan, barat daya Iran - Laporan
Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 10 orang berkemungkinan mengalami kecederaan dalam letupan tersebut, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam letupan berasingan di selatan dan barat daya Iran, lapor media tempatan pada Sabtu, menurut Anadolu Ajansi yang memetik Agensi Berita Mehr.
Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Keselamatan Perbandaran Ahvaz memaklumkan bahawa letupan berlaku di sebuah kompleks kediaman empat unit di kawasan kejiranan Kianshahr, Ahvaz di barat daya Iran, yang meragut nyawa empat mangsa.
Pegawai berkenaan berkata letupan itu berpunca daripada kebocoran pada rangkaian gas bandar tersebut.
Dalam kejadian berasingan, satu bahan yang tidak dikenali telah meletup di sebuah bangunan lapan tingkat yang terletak di sebuah lorong di Boulevard Moallem di Bandar Abbas, selatan Iran, menurut agensi berita Fars.
Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 10 orang berkemungkinan mengalami kecederaan dalam letupan tersebut, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih daripada 10 kenderaan yang diletakkan berhampiran bangunan itu turut mengalami kerosakan pada tahap yang berbeza-beza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#Iran
#kompleks kediaman
#kebocoran gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami