DUNIA
4 maut bot terbalik di perairan selatan California, AS
Foto ini, yang disediakan oleh Perkhidmatan Pengedaran Maklumat Visual Pertahanan, menunjukkan sebuah bot terbalik berhampiran bandar Imperial Beach. - Foto AP
LOS ANGELES: Empat orang maut manakala lima lagi cedera apabila sebuah bot terbalik berhampiran bandar Imperial Beach di selatan California, Amerika Syarikat awal pagi Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Ketua Bomba Imperial Beach John French berkata kemalangan berlaku sejurus selepas tengah malam.
Beliau memberitahu stesen tempatan Sideo TV bahawa satu mayat ditemukan berhampiran lokasi bot terbalik itu, manakala tiga lagi ditemukan berhampiran Jeti Imperial Beach.
Lima mangsa lagi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital, sementara Pengawal Pantai AS meneruskan operasi pencarian sehingga awal pagi Sabtu, katanya.
Akhbar Times of San Diego melaporkan bahawa masih belum dipastikan sama ada bot itu digunakan dalam cubaan menyeludup migran ke Amerika Syarikat.
Ketika kejadian, keadaan laut dilaporkan bergelora apabila hujan mula melanda daerah San Diego.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Empat orang maut dan lima cedera apabila bot terbalik berhampiran Imperial Beach, California.
- Ketua Bomba Imperial Beach, John French, mengesahkan satu mayat ditemui berhampiran lokasi kejadian.
- Operasi pencarian oleh Pengawal Pantai AS diteruskan hingga awal pagi Sabtu, ketika keadaan laut bergelora disebabkan hujan di San Diego.