[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan

Astro Awani 13/02/2025 | 06:50 MYT
Jabatan bomba Taichung berkata insiden sekitar jam 11.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12. -AP
TAICHUNG: Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dalam letupan kuat pada Khamis di sebuah pusat membeli-belah di Taichung, Taiwan.

Ringkasan AI
  • Letupan besar di pusat membeli-belah Shin Kong Mitsukoshi di Taichung, Taiwan, menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia dan 10 yang lain cedera.
  • Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
  • Misi penyelamatan sedang dijalankan dengan 62 anggota bomba dan 27 trak bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kejadian turut menyebabkan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera, lapor media tempatan yang memetik kenyataan Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen.
Letupan berlaku sekitar jam 11.30 pagi di Shin Kong Mitsukoshi Department Store, sebuah pusat membeli-belah mewah di Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.
Saksi berkata empat mangsa itu dilihat terpelanting dari tingkat 12 pusat beli-belah tersebut, menurut laporan itu lagi.
Jabatan bomba Taichung berkata insiden sekitar jam 11.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
Misi menyelamat sedang dijalankan dan sekurang-kurangnya 62 anggota bomba dan 27 trak bomba telah dikerah ke lokasi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#letupan #Taiwan #Shin Kong Mitsukoshi #pusat membeli-belah