[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
DUNIA

4 maut dalam letupan tidak disengajakan di balai polis India

Bernama 15/11/2025 | 04:29 MYT
Letupan itu berlaku lewat Jumaat malam semasa proses mengambil sampel daripada simpanan bahan letupan yang dirampas. - Gambar hiasan
MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 27 yang lain cedera dalam satu letupan yang menggegarkan Balai Polis Nowgam di wilayah Jammu dan Kashmir di utara India, menurut akhbar Hindustan Times pada Sabtu yang memetik pihak berkuasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Empat orang terbunuh dan 27 cedera dalam letupan di Balai Polis Nowgam, Jammu dan Kashmir, India.
  • Letupan disebabkan proses pengambilan sampel bahan letupan yang dirampas semasa siasatan.
  • Mangsa cedera utamanya anggota polis dan pegawai forensik; Balai Polis Nowgam mengalami kerosakan akibat kejadian.


Menurut pihak berkuasa, letupan tidak disengajakan itu berlaku lewat Jumaat malam semasa proses mengambil sampel daripada simpanan bahan letupan yang dirampas, sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Kebanyakan mangsa yang cedera merupakan anggota polis dan pegawai forensik.

Balai Polis Nowgam turut mengalami kerosakan akibat letupan itu.

-- BERNAMA



#letupan India #balai polis meletup #letupan balai polis #punca letupan balai polis India