awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut dalam serangan konvoi ahli Parlimen Pakistan

Bernama
Bernama
07/08/2022
21:03 MYT
4 maut dalam serangan konvoi ahli Parlimen Pakistan
Mereka yang terbunuh dalam serangan itu termasuk dua lelaki bersenjata, dan adik lelaki serta anak saudara ahli Parlimen itu. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Empat orang maut manakala empat lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah konvoi ahli Parlimen di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, lewat malam Sabtu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.
Menurut laporan itu, penyerang bersenjata menyerang konvoi ahli Parlimen Liaqat Ali Khan di kawasan Maidan daerah Lower Dir.
Ahli Parlimen itu dilaporkan cedera parah dan dimasukkan ke hospital bersama tiga lagi mangsa.
Mereka yang terbunuh dalam serangan itu termasuk dua lelaki bersenjata, dan adik lelaki serta anak saudara ahli Parlimen itu.
Pihak polis, anggota keselamatan dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.
Konvoi itu dipercayai dalam perjalanan ke sebuah kampung sebelum diserang.
Pasukan keselamatan telah memulakan siasatan di kawasan itu.
Ketua Menteri wilayah Mahmood Khan mengutuk serangan itu, sambil berkata, "mereka yang terlibat dalam serangan itu akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan."
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liaqat Ali Khan
#Ahli Parlimen Pakistan
#lelaki bersenjata
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan