DUNIA

4 maut dirempuh kereta api di landasan tidak berpalang

Bernama 08/11/2025 | 03:30 MYT
Polis dan pihak berkuasa kereta api kini menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas itu. - Gambar hiasan
BUCHAREST: Empat orang maut pada Jumaat apabila sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kereta di lintasan antara stesen Vidra dan Jilava di daerah Ilfov, berhampiran Bucharest, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa Romania.


Ringkasan AI
  • Empat orang maut dalam kemalangan antara kereta api penumpang dan kenderaan di Romania.
  • Insiden berlaku di lintasan Giurgiu-Bucharest tanpa palang di kampung Cretesti.
  • Syarikat kereta api kebangsaan CFR menggantung perkhidmatan tren di kawasan berkenaan; siasatan sedang dijalankan.


Menurut polis, kemalangan berlaku di landasan Giurgiu-Bucharest apabila kereta api penumpang "Sageata Albastra" merempuh sebuah kenderaan di lintasan yang tidak berpalang di kampung Cretesti.

Ambulans, unit bomba dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa dalam kereta ditemukan masih sedar dan menerima rawatan perubatan di tempat kejadian.

Syarikat kereta api kebangsaan CFR memaklumkan bahawa perkhidmatan tren di kawasan berkenaan digantung sepenuhnya akibat insiden itu.

Polis dan pihak berkuasa kereta api kini menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas itu.

-- BERNAMA

#Bucharest #kemalangan kereta api #kereta api rempuh kereta #Romania