4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria

Bernama
November 26, 2023 08:40 MYT
Nahas berlaku kira-kira tengah hari pada Sabtu di kawasan peranginan ski Kasberg di Upper Austria. - Gambar hiasan
VIENNA: Kesemua empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh dalam nahas di kawasan pergunungan di utara Austria, kata pihak berkuasa, lapor dpa.
Jurucakap polis Austria berkata nahas berlaku kira-kira tengah hari pada Sabtu di kawasan peranginan ski Kasberg di Upper Austria.
Menurut beliau, salji menyukarkan pencarian pesawat yang terhempas itu.
Selepas kira-kira dua jam, serpihan pertama pesawat ditemukan di kawasan yang dilitupi salji sebelum mayat keempat-empat penumpang ditemukan.
Polis berkata identiti mangsa, punca nahas dan laluan sebenar pesawat masih belum dapat dipastikan.
-- BERNAMA
#pesawat terhempas #austria #ski resort #kawasan peranginan ski