DUNIA
4 maut, ribuan dipindahkan akibat banjir dan tanah runtuh di Taiwan
Hujan lebat luar biasa sejak 28 Julai di selatan dan tengah Taiwan menyebabkan 4 kematian, 77 cedera, dan lebih 5,900 penduduk dipindahkan. -Gambar Reuters
TAIPEI: Hujan lebat luar biasa yang melanda selatan dan tengah Taiwan sejak 28 Julai lalu telah meragut empat nyawa, serta mencederakan 77 orang dan menyebabkan lebih 5,900 penduduk dipindahkan.
Ringkasan AI
Menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin, fenomena cuaca ekstrem itu berpunca daripada sistem tekanan rendah dan angin barat daya yang membawa kelembapan tinggi dari Laut China Selatan.
Ia sekali gus mencetuskan hujan berterusan melebihi dua meter di beberapa kawasan pergunungan seperti Maolin, Kaohsiung — melebihi purata hujan tahunan Taiwan sebanyak 2.1 meter.
Premier Taiwan, Cho Jung-tai, menyifatkan bencana tersebut sebagai antara yang paling dahsyat pernah dialami negara itu.
“Kami jarang berdepan bencana sebesar ini. Sejak Taufan Danas melanda awal Julai, hujan tidak berhenti,” katanya semasa lawatan ke kawasan banjir di Tainan.
Kesan hujan lebat turut mengakibatkan tanah runtuh besar, kerosakan jalan raya, gangguan bekalan elektrik, dan penutupan pejabat serta sekolah.
Lebih 2,000 penduduk masih tidak dapat pulang ke rumah, khususnya di kawasan pergunungan Kaohsiung dan Pingtung yang terputus hubungan akibat runtuhan dan banjir.
Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Chi-mai, menggesa orang ramai agar tidak mendekati kawasan pergunungan.
“Jangan naik ke kawasan bukit. Ia benar-benar berbahaya,” katanya kepada media.
Taufan Danas yang melanda awal Julai turut menyumbang kepada kerosakan besar, termasuk menjatuhkan lebih 3,000 tiang elektrik — kerosakan terburuk kepada grid kuasa Taiwan dalam beberapa dekad.
Jabatan Cuaca Pusat Taiwan menjangkakan hujan akan berkurangan mulai minggu ini, namun amaran tanah runtuh dan banjir masih berkuat kuasa di kawasan selatan.
Ringkasan AI
- Hujan lebat luar biasa sejak 28 Julai di selatan dan tengah Taiwan menyebabkan 4 kematian, 77 cedera, dan lebih 5,900 penduduk dipindahkan.
- Bencana berpunca daripada sistem tekanan rendah dan angin barat daya, mencetuskan hujan melebihi purata tahunan serta kerosakan besar seperti tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik.
- Premier Taiwan menyifatkan kejadian sebagai antara yang paling dahsyat, dengan amaran banjir dan tanah runtuh masih berkuat kuasa walaupun hujan dijangka berkurangan.