MAHKAMAH India memerintahkan pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap empat lelaki yang disabitkan kesalahan merogol pelajar universiti Jyoti Singh di Delhi pada tahun 2012.

Hakim Mahkamah Delhi, Satish Kumar menetapkan hukuman terhadap tertuduh dilaksanakan pada 22 Januari ini, namun mereka masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan terakhir.

Keluarga mangsa, dalam pada itu, menyambut baik keputusan mahkamah.

Ayah mangsa, Badrinath Singh menyifatkan keputusan ini satu "keputusan yang baik untuk seluruh negara".

BACA : Remaja suspek utama kes rogol ditemui mati

BACA : Court rejects plea to reverse Delhi gang-rapist's release

BACA : Rape film banned in India gets Meryl Streep's backing for Oscar

"Kami akan tetap meneruskan perjuangan untuk anak-anak perempuan yang pernah menjadi mangsa," katanya kepada media.

Jyoti Singh, 23, diserang enam lelaki di dalam sebuah bas pada Disember 2012 ketika pulang dari pawagam bersama teman lelakinya.

Mangsa mendapatkan rawatan di Singapura sebelum meninggal dunia 11 hari kemudian akibat kecederaan teruk yang dialaminya.