awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 maut, lebih 1,000 cedera dalam letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee, Iran

Bernama
Bernama
28/04/2025
10:35 MYT
40 maut, lebih 1,000 cedera dalam letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee, Iran
Naib Presiden Pertama Mohammad-Reza Aref berkata siasatan mengenai punca letupan sedang dijalankan secara serius. - Foto AP
BANDAR ABBAS : Gabenor Wilayah Hormozgan Mohammad Ashuri berkata pada Ahad jumlah korban dalam insiden di Pelabuhan Shahid Rajaee meningkat kepada 40 orang dan lebih 1,000 cedera, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Ringkasan AI
  • Jumlah korban letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee meningkat kepada 40 orang dengan lebih 1,000 cedera, dan 194 mangsa masih dirawat di hospital.
  • Menteri Dalam Negeri Iran, Eskandar Momeni, mengumumkan siasatan sedang dijalankan, dengan jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengumpulkan bukti.
  • Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian mengisytiharkan Isnin sebagai hari berkabung nasional.

Daripada jumlah yang cedera, seramai 194 orang masih dirawat di hospital, manakala selebihnya telah dibenarkan pulang.
Sembilan mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital di luar Wilayah Hormozgan untuk rawatan pakar.
Letupan besar melanda Pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas pada Sabtu, dengan hanya satu daripada 23 dermaga pelabuhan itu mengalami kerosakan serius.
Puluhan maut letupan pelabuhan di Iran
Menteri Dalam Negeri Eskandar Momeni, yang dilantik Presiden Masoud Pezeshkian untuk menyelia lokasi dan usaha bantuan, berkata pada Ahad malam bahawa punca insiden sedang disiasat dan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengumpulkan bukti berkaitan letupan itu.
Beliau memberi jaminan kepada rakyat Iran bahawa pihak bertanggungjawab akan diambil tindakan. Momeni turut memaklumkan bahawa pasukan penyelamat dan bomba bertindak segera untuk memadamkan kebakaran dan mengawalnya daripada merebak.
Dalam mesyuarat Kabinet pada Ahad, Naib Presiden Pertama Mohammad-Reza Aref berkata siasatan mengenai punca letupan sedang dijalankan secara serius.
Beliau berjanji butiran mengenai insiden itu akan dimaklumkan kepada rakyat sebaik sahaja tersedia. Aref juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan simpati kepada yang cedera.
Susulan insiden itu, Kabinet Presiden Pezeshkian mengisytiharkan Isnin sebagai hari berkabung di seluruh negara.
Jurucakap Jabatan Kecemasan Mojtaba Khaledi mengumumkan bahawa 50 pasukan penyelamat, bantuan dan perubatan telah dikerahkan ke Pelabuhan Shahid Rajaee. Beliau juga memaklumkan bahawa 31 penerbangan helikopter telah dijalankan bagi membantu operasi memadam kebakaran di pelabuhan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan besar
#pelabuhan shahid rajaee
#Iran
#jumlah maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan