DUNIA
42 maut akibat wabak Ebola di DR Congo
Pasukan Palang Merah Perancis mengambil seorang individu yang disyaki dijangkiti Ebola dari pusat bandar Forecariah. - Foto fail/REUTERS
KINSHASA: Wabak Ebola yang sedang melanda Wilayah Kasai di Republik Demokratik Congo (DRC) meragut 42 nyawa daripada 64 kes yang direkodkan setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Sabtu, ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru langkah pencegahan berskala global.
Daripada 64 kes yang direkodkan setakat 26 Sept, termasuk 53 kes disahkan dan 11 kes berkemungkinan, sebanyak 42 kematian dilaporkan, dengan 31 daripadanya membabitkan kes yang disahkan, kata Menteri Komunikasi dan Media wilayah Bazin Pembe, seperti dipetik media tempatan.
Wabak itu diisytiharkan pada 4 Sept oleh kerajaan Congo, menjadikannya wabak Ebola ke-16 di negara terbabit sejak virus itu pertama kali dikesan pada 1976, lapor Xinhua.
Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Kasai adalah antara kawasan paling rapuh di negara itu, berdepan sistem kesihatan yang lemah, akses terhad kepada air bersih, kekurangan ubat-ubatan serta keadaan sanitasi yang teruk.
"Wabak seperti ini mengingatkan kita betapa pentingnya kesiapsiagaan global dan tindak balas segera," kata John Agbor, wakil UNICEF di DRC dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terbarunya menyatakan kes melibatkan mereka berusia antara 0 hingga 65 tahun, dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah paling terkesan.
Dalam laporan berasingan pada Rabu, Kementerian Kesihatan DRC memaklumkan seramai 2,103 orang telah menerima vaksin.
Dengan lebih 20,000 dos sudah dihantar, kira-kira 45,000 dos tambahan sedang dalam perjalanan ke Kasai, menurut UNICEF.
Vaksin berkenaan diberikan melalui strategi vaksinasi "cincin" yang menyasarkan individu paling berisiko dijangkiti berdasarkan kontak dengan pesakit yang disahkan, jelas WHO.
Kebimbangan kian meningkat apabila kes baharu dikesan di beberapa sektor tambahan dalam zon kesihatan Bulape, iaitu pusat penularan wabak.
International Medical Corps memberi amaran dalam laporannya Rabu bahawa khabar angin mengenai penduduk yang melarikan diri dari kawasan terjejas boleh menyebabkan penyebaran virus ke wilayah lain di Congo atau menyeberangi sempadan ke Angola.
"Dua hingga tiga minggu akan datang adalah tempoh kritikal untuk membendung penularan di Bulape dan mengurangkan risiko penyebaran lebih luas," menurut laporan WHO.
Pertubuhan itu juga menggesa agar pemantauan berterusan, vaksinasi diperluas, langkah pencegahan jangkitan diperkukuh, serta penglibatan masyarakat ditingkatkan.
Pada September 2022, DRC mengisytiharkan berakhirnya wabak Ebola ke-15 yang tercetus dengan satu kes disahkan di wilayah timur North Kivu.
-- BERNAMA