awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

443 maut, 63 hilang, ribuan kediaman musnah dalam banjir di Afrika Selatan

Agensi
Agensi
17/04/2022
15:11 MYT
443 maut, 63 hilang, ribuan kediaman musnah dalam banjir di Afrika Selatan
Banjir berkenaan telah menyebabkan kerosakan dianggarkan sekurang-kurangnya 10 bilion rand (AS$684.58 juta) sehingga kini. - Gambar/ Reuters
JUMLAH kematian akibat banjir di wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan minggu ini meningkat kepada lebih 443 orang dengan 63 lagi masih hilang.
Pasukan penyelamat kini mempertingkatkan usaha untuk mengesan mangsa yang belum ditemui dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dengan ramalan kekerapan hujan bertambah, lapor Reuters.
Pegawai wilayah yang bertanggungjawab dalam pembangunan ekonomi, pelancongan dan hal ehwal alam sekitar, Ravi Pillay, pada Ahad berkata, banjir berkenaan telah menyebabkan kerosakan dianggarkan sekurang-kurangnya 10 bilion rand (AS$684.58 juta) sehingga kini.
Katanya, bencana itu menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal, bekalan elektrik dan air terputus, selain menjejaskan salah satu pelabuhan paling sibuk di Afrika, Durban.
Dalam pada itu, Pejabat Presiden Cyril Ramaphosa dalam satu kenyataan lewat Sabtu berkata, beliau telah menangguhkan lawatan kerja ke Arab Saudi untuk memberi tumpuan kepada bencana itu.
Ramaphosa dilaporkan akan bertemu menteri Kabinet untuk menilai tindak balas terhadap krisis.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#banjir besar
#KwaZulu-Natal
#Cyril Ramaphosa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan