DUNIA
45 jemaah umrah India maut kemalangan di Madinah, Arab Saudi
Kemalangan berlaku melibatkan sebuah bas dan sebuah lori tangki berhampiran Madinah pada Ahad malam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 jemaah umrah warga India maut. - Astro AWANI
RIYADH: Sekurang-kurangnya 45 jemaah umrah warga India maut dalam nahas bas berhampiran kota suci Madinah, Arab Saudi, menurut pihak polis India pada Isnin.
Menurut laporan, bas yang membawa mereka dari Mekah berlanggar dengan sebuah lori tangki berhampiran Madinah, mengakibatkan kebakaran besar.
Insiden ini disifatkan sebagai antara tragedi jalan raya paling buruk di negara Teluk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Difahamkan, kira-kira 20 wanita dan 11 kanak-kanak antara penumpang yang menaiki bas berkenaan.
Pesuruhjaya Polis Hyderabad, VC Sajjanar berkata, kebanyakan mangsa berasal dari bandar berkenaan.
“Insiden kemalangan bas yang membawa jemaah haji India di Arab Saudi amat menyedihkan. Berdasarkan maklumat awal, terdapat 46 orang dalam bas ketika kejadian berlaku dan hanya seorang yang terselamat,” katanya kepada media.
Setakat ini, pihak berkuasa Arab Saudi belum mengeluarkan angka rasmi korban.
Perdana Menteri India, Narendra Modi, turut menyampaikan ucapan takziah menerusi hantaran di platform X, sambil memaklumkan bahawa Kedutaan India di Riyadh dan Konsulat di Jeddah sedang memberikan bantuan kepada mangsa.
“Saya amat sedih dengan tragedi di Madinah yang melibatkan rakyat India. Doa saya bersama keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang. Saya juga berdoa agar mereka yang cedera segera sembuh,” tulis beliau.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2023, kemalangan jalan raya merupakan antara punca utama kecederaan dan kematian di Arab Saudi, dengan kadar kematian jalan raya kekal tinggi berbanding negara berpendapatan tinggi lain.
Pengangkutan jemaah di sekitar kawasan suci di Arab Saudi sering berdepan risiko, khususnya ketika musim haji yang menyaksikan kesesakan lalu lintas melibatkan bas dan kenderaan lain.
Selain haji, jutaan umat Islam turut mengunjungi Arab Saudi untuk menunaikan umrah sepanjang tahun.
Pada Mac 2023, sebuah bas yang membawa jemaah ke Mekah terbakar selepas bertembung di sebuah jambatan, mengorbankan 20 nyawa dan mencederakan lebih dua dozen yang lain.
Manakala pada Oktober 2019, 35 warga asing maut dan empat cedera dalam kemalangan bas berhampiran Madinah.
Ibadah haji dan umrah merupakan komponen penting dalam sektor pelancongan Arab Saudi yang sedang berkembang, selaras dengan usaha kerajaan mempelbagaikan ekonomi daripada bergantung kepada minyak.
Arab Saudi juga menempatkan lebih dua juta warga India yang memainkan peranan besar dalam sektor buruh negara itu, selain menyumbang kepada aliran kiriman wang ke tanah air.
Hubungan antara Arab Saudi dan India telah terjalin erat sejak sekian lama, dengan India bergantung kepada import petroleum, menjadikan Arab Saudi sebagai pembekal ketiga terbesar bahan api negara itu. - Agensi