[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

453 terbunuh, 1,265 cedera dalam kemalangan jalan raya di Myanmar dalam tempoh tiga bulan

Bernama 30/04/2025 | 20:30 MYT
Sepanjang tahun 2024, sejumlah 2,011 orang maut dan 5,576 lagi cedera akibat kemalangan jalan raya di seluruh Myanmar, menurut data rasmi. - Gambar hiasan
YANGON: Sebanyak 453 orang maut manakala 1,265 lagi cedera dalam 856 nahas jalan raya di Myanmar sepanjang tiga bulan pertama tahun 2025, menurut Jabatan Pentadbiran Pengangkutan Jalan Myanmar pada Rabu, lapor Xinhua.
Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 585 kematian dan 1,556 kecederaan, menurut jabatan berkenaan.
Wilayah Yangon merekodkan angka kematian tertinggi dalam tempoh berkenaan dengan 88 korban, diikuti Wilayah Mandalay (67) dan Wilayah Ayeyarwady (57).
Sepanjang tahun 2024, sejumlah 2,011 orang maut dan 5,576 lagi cedera akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara, menurut data rasmi.
-- BERNAMA
#angka kematian #Myanmar #nahas jalan raya #kemalangan jalan raya