awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45.5 peratus pekerja di Jepun tidak cukup tidur - Kajian

Bernama
Bernama
23/10/2023
10:50 MYT
45.5 peratus pekerja di Jepun tidak cukup tidur - Kajian
27.4 peratus hingga 38.5 peratus pekerja yang tidak mendapat tidur yang cukup disyaki mengalami kemurungan atau kebimbangan.- Gambar hiasan/Freepik
TOKYO: Sejumlah 45.5 peratus pekerja di Jepun tidur kurang daripada enam jam sehari, menurut kajian terbaharu yang dijalankan di negara ini.
Menerusi kertas putih yang diluluskan oleh Kabinet Jepun awal bulan ini, 10.0 peratus responden mendakwa mereka tidur kurang daripada lima jam setiap malam, 35.5 peratus hanya tidur antara lima dan enam jam, manakala 35.2 peratus antara enam dan tujuh jam, lapor Xinhua.
Kajian itu melibatkan 10,000 pekerja, kira-kira 70 peratus daripada mereka yang mendapat jumlah tidur mencukupi tidak berisiko mengalami kemurungan atau kegelisahan.
Menurut kajian kementerian kesihatan, 27.4 peratus hingga 38.5 peratus pekerja yang tidak mendapat tidur yang cukup disyaki mengalami kemurungan atau kebimbangan.
Kementerian itu berkata terdapat keperluan untuk merombak tempoh waktu bekerja bagi membolehkan pekerja mendapat tidur yang cukup demi mengekalkan kesihatan mental.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja di Jepun
#tidak cukup tidur
#Kabinet Jepun
#Kajian
#kertas putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan