awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47 cedera dirempuh kereta ketika sambut kemenangan Liverpool

Agensi
Agensi
26/05/2025
23:30 MYT
47 cedera dirempuh kereta ketika sambut kemenangan Liverpool
Penyokong bersurai ketika polis dan pasukan kecemasan menguruskan insiden selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki berhampiran Bangunan Liver semasa perarakan juara Liga Perdana Inggeris di Liverpool, England, pada Isnin. - Gambar AP
LIVERPOOL: Seramai 47 individu dilaporkan cedera selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong bola sepak yang sedang meraikan kejayaan kelab Liverpool di pusat bandar ini, pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Britain, 27 daripada mangsa telah dihantar ke hospital, manakala dua orang - termasuk seorang kanak-kanak — dilaporkan mengalami kecederaan serius.
Ketua Perkhidmatan Ambulans NHS North West, David Kitchin berkata, dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, seramai 20 mangsa turut dirawat di lokasi kejadian akibat kecederaan ringan dan tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital.
“Kami sahkan bahawa pasukan kami merawat 20 pesakit di lokasi kejadian yang mengalami kecederaan ringan. Mereka tidak perlu dihantar ke hospital.
“Namun, 27 pesakit dibawa ke hospital menggunakan ambulans, dan dua daripadanya - termasuk seorang kanak-kanak - mengalami kecederaan serius,” katanya.
Tambah beliau, empat daripada mangsa yang mengalami kecederaan ialah kanak-kanak.
Sebelum itu, Polis Merseyside memaklumkan, sebuah kereta telah merempuh orang ramai di pusat bandar Liverpool ketika mereka meraikan kejayaan pasukan bola sepak tempatan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Pemandu kenderaan, seorang lelaki berusia 53 tahun warga tempatan, telah ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. - Agensi
Topic Berkaitan
#Liverpool
#rempuhan kereta
#kemenangan Liverpool
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan