DUNIA
47 terbunuh, 112 cedera dalam kebakaran bar di Crans-Montana, Switzerland
Orang ramai memasang lilin berdekatan bar Le Constellation yang terlibat dalam kebakaran ketika sambutan Tahun Baharu di Crans-Montana, Swiss Alps, Switzerland, 1 Jan 2026. (Foto AP)
GENEVA: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala 112 lagi cedera selepas kebakaran tercetus di sebuah bar yang sesak ketika sambutan malam Tahun Baharu di bandar peranginan ski Crans-Montana, Switzerland, menurut Menteri Luar Itali Antonio Tajani kepada media Itali pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Bercakap kepada Sky TG24, Tajani berkata proses mengenal pasti mangsa akan menjadi "amat rumit dan mengambil masa".
Beliau menambah bahawa beberapa rakyat Itali yang cedera telah pun dipindahkan ke Milan.
Laporan itu, memetik Duta Besar Itali ke Switzerland, Gian Lorenzo Cornado, menyatakan enam rakyat Itali masih hilang manakala 13 lagi dimasukkan ke hospital.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Switzerland setakat ini mengesahkan angka sementara yang lebih rendah. Polis kanton Valais memaklumkan kira-kira 40 orang terbunuh dan sekitar 115 cedera, kebanyakannya parah, sambil menegaskan proses pengecaman mangsa masih berjalan dan angka itu masih boleh berubah.
Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa proses mengenal pasti mangsa yang maut mungkin mengambil masa beberapa hari berikutan keadaan mayat. Memandangkan sifat antarabangsa pusat peranginan itu, pegawai Switzerland juga berkata warga asing berkemungkinan termasuk dalam kalangan mangsa.
Kebakaran itu tercetus di bar berkenaan sejurus selepas tengah malam, mencetuskan tindak balas kecemasan berskala besar. Puluhan ambulans dan helikopter dikerahkan, manakala mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital di seluruh Switzerland serta beberapa hospital di luar negara, termasuk unit rawatan khusus untuk kes melecur.
Siasatan jenayah berhubung insiden itu sedang dijalankan. Pendakwa Valais berkata beberapa hipotesis sedang diteliti, dengan teori yang kini diberi keutamaan ialah kebakaran menyeluruh yang mencetuskan letupan. Pihak berkuasa menegaskan banyak keadaan masih perlu diperjelaskan dan menggesa semua pihak agar bertenang serta menghormati keluarga mangsa.
Pegawai Switzerland menolak unsur keganasan dan berkata tumpuan kekal untuk menentukan urutan kejadian yang tepat sehingga membawa kepada kebakaran itu. Pakar forensik dari Zurich telah dilantik untuk membantu siasatan serta proses pengecaman mangsa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dan 112 cedera dalam kebakaran di bar di Crans-Montana, Switzerland semasa sambutan malam Tahun Baharu, menurut laporan Menteri Luar Itali.
- Enam rakyat Itali masih hilang dan 13 cedera, sementara laporan Swiss menyatakan kira-kira 40 terbunuh dan 115 cedera, dengan siasatan jenayah sedang dijalankan.
- Pihak berkuasa Switzerland menegaskan tidak ada unsur keganasan, dan proses pengenalpastian mangsa yang maut mungkin mengambil beberapa hari, manakala pakar forensik dari Zurich turut terlibat dalam siasatan.