Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini.
DUNIA

5 cedera dalam serangan beruang di seluruh Jepun

Bernama 04/12/2025 | 23:00 MYT
Sejak April, jumlah kecederaan dan kematian akibat pertembungan dengan beruang terus meningkat di Jepun, mencecah rekod tertinggi. - Gambar hiasan
TOKYO: Beberapa insiden serangan beruang dilaporkan di seluruh Jepun pada Khamis, menyebabkan lima orang cedera ketika negara itu berdepan peningkatan luar biasa dalam kes berkaitan serangan beruang tahun ini, lapor Xinhua memetik media Jepun.

Di Bandar Toyama, Wilayah Toyama, sepasang suami isteri berusia 70-an cedera di muka selepas diserang seekor beruang ketika menghantar surat khabar sebelum subuh.

Dalam kejadian di Bandar Oshu, Wilayah Iwate, seorang wanita berusia 60-an cedera dalam serangan beruang di laluan kecil berhampiran rumahnya awal pagi.

Seorang lelaki berusia 70-an di perkampungan Nozawaonsen, Wilayah Nagano, mengalami luka pada muka dan kakinya selepas dicakar beruang ketika membersihkan salji.

Di Bandar Masuda, Wilayah Shimane, seorang lagi lelaki berusia 70-an cedera pada muka selepas diserang berdekatan pusat komuniti tempatan.

Sejak April, jumlah kecederaan dan kematian akibat pertembungan dengan beruang terus meningkat, mencecah rekod tertinggi.

Menurut penyiar awam NHK, sekurang-kurangnya 22 wilayah telah melaporkan serangan beruang antara April dan Disember, dengan jumlah keseluruhan 235 mangsa, termasuk 13 kematian.

-- BERNAMA

#Jepun #Serangan beruang #kematian #cedera