[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini

Bernama 19/06/2025 | 22:00 MYT
CCHF, yang dicirikan oleh demam, sakit otot, sakit kepala dan pendarahan, mempunyai kadar kematian yang tinggi iaitu antara 10 hingga 40 peratus.
ISLAMABAD: Tiga lagi kematian akibat demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) dilaporkan di Pakistan, menjadikan jumlah korban setakat tahun ini meningkat kepada lima, menurut Jabatan Kesihatan Wilayah pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Wilayah, dua kematian terbaharu berlaku di Peshawar, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, di mana pesakit dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan gejala virus berkenaan,
Mangsa ketiga merupakan seorang nelayan berusia 26 tahun yang meninggal dunia di Karachi, ibu negeri wilayah selatan Sindh.
Pada April lalu, Quetta di wilayah barat daya Balochistan melaporkan kematian pertama berkaitan CCHF tahun ini apabila seorang pesakit berusia 18 tahun meninggal dunia akibat jangkitan itu.
Kematian kedua berlaku awal minggu ini pada Selasa di Karachi, melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dijangkiti virus tersebut.
CCHF, yang dicirikan oleh demam, sakit otot, sakit kepala dan pendarahan, mempunyai kadar kematian yang tinggi iaitu antara 10 hingga 40 peratus.
-- BERNAMA
#demam berdarah #crimean-congo #CCHF #kematian akibar CCHF #Pakistan