[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

5 maut dalam insiden tembakan di kilang arak Milwaukee

Agensi 27/02/2020 | 00:08 MYT
Pihak polis dan pegawai bersenjata di kompleks Molson Coors di Milwaukee. - AP Photo/Morry Gash
Sekurang-kurangnya lima mangsa terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kilang arak di Milwaukee, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian pada Selasa, lelaki yang dipercayai bekas pekerja di bangunan MillerCoors itu menyerbu masuk ke kompleks yang menempatkan antara kilang arak terbesar dunia dan menembak mangsa secara rambang.
Pihak berkuasa yang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima laporan menemukan penyerang yang telahpun meninggal dunia dipercayai menembak dirinya sendiri.
Sesetengah media melaporkan tujuh kematian termasuk penyerang, namun tidak dapat dipastikan angka korban yang sebenar ketika ini.
Polis Milwaukee dalam akaun Twitternya berkata walaupun tiada lagi ancaman, situasi di lokasi kejadian masih "berbahaya."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis telah menyekat jalan-jalan untuk beberapa blok di sekitar kompleks itu.
Presiden Donald Trump dilapor telah dimaklumkan tentang kejadian.
Kompleks tersebut terletak di tengah-tengah Miller Valley Milwaukee, iaitu sekitar 4.82 kilometer (km) ke barat pusat bandar.
#kilang arak terbesar dunia #Miller Valley #MillerCoors #MIlwaukee #Molson Coors #Penembak