5 maut jambatan runtuh di selatan Filipina

Bernama
Julai 25, 2023 08:51 MYT
Kesemua mangsa sedang memasang panel sisi jambatan menggunakan sebuah trak boom apabila struktur itu runtuh kira-kira 3.30 petang waktu tempatan pada Isnin. -Foto Sinar Harian
MANILA: Lima maut selepas sebuah jambatan keluli yang sedang dalam pembinaan runtuh di Davao City di selatan Filipina, kata polis pada Selasa.
Polis berkata kesemua mangsa sedang memasang panel sisi jambatan menggunakan sebuah trak boom apabila struktur itu runtuh kira-kira 3.30 petang waktu tempatan pada Isnin, menimbus tujuh pekerja, lapor Xinhua.
Dua lagi cedera parah tetapi terselamat. Satu siasatan telah dimulakan berhubung kemalangan itu.
-- BERNAMA
#jambatan keluli #Davao City #panel sisi jambatan #trak boom