DUNIA
5 maut selepas bas pelancong terbabas di lebuh raya New York
Anggota pasukan keselamatan melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah bas pelancong di New York State Thruway, barat New York, pada Jumaat. - Gambar AP
NEW YORK: Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah bas pelancong terbabas di New York State Thruway, barat New York, pada Jumaat, menurut Polis Negeri New York.
Polis memaklumkan, kumpulan itu dalam perjalanan pulang dari Air Terjun Niagara di sempadan Amerika Syarikat-Kanada menuju ke New York City apabila kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum terbalik.
Kebanyakan mangsa dikenal pasti berasal dari India, China dan Filipina.
Gabenor New York, Kathy Hochul berkata, pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalankan operasi menyelamat serta memberikan bantuan kepada semua yang terlibat.
Beberapa ambulans dan helikopter perubatan dikerahkan ke lokasi nahas berhampiran bandar Pembroke, kira-kira 48 kilometer dari Buffalo.
Terdahulu dilaporkan seorang kanak-kanak termasuk dalam senarai korban, namun polis menafikan perkara itu.
Polis turut mengesahkan, seramai 52 individu berusia antara satu hingga 74 tahun berada di dalam bas ketika nahas berlaku.
Menurut pihak berkuasa, sebahagian mangsa tercampak keluar dari kenderaan kerana dipercayai tidak memakai tali pinggang keselamatan, manakala beberapa lagi terperangkap dalam runtuhan selama beberapa jam.
Penterjemah turut dibawa ke lokasi bagi membantu siasatan memandangkan mangsa terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan.
Komander Pasukan Polis Negeri New York, Andre Ray Major berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan, namun kerosakan mekanikal dan kecuaian pemandu telah diketepikan buat masa ini.
“Pemandu memberikan kerjasama penuh, dan setakat ini tiada pertuduhan dikenakan,” katanya pada sidang media.
Bas tersebut dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan lalu terhumban ke dalam parit.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 21 mangsa sedang menerima rawatan di hospital berdekatan, manakala jumlah sebenar kematian belum diumumkan pihak berkuasa.
Seorang saksi, Powell Stephens, memberitahu The Buffalo News, beliau melihat bas dalam keadaan terbalik dengan serpihan kaca dan barangan penumpang berselerakan di atas jalan.
“Semua tingkap pecah. Nampak mangsa masih sedar, tapi saya hanya sempat melihat situasi itu kira-kira 15 saat sahaja,” katanya.
Sementara itu, organisasi bekalan darah ConnectLife mengeluarkan rayuan kecemasan agar orang ramai tampil menderma darah susulan kejadian itu.
“Komuniti kita berdepan krisis. Inilah masanya tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa,” kata jurucakapnya, Sarah Diina.
Pihak berkuasa turut meminta orang ramai yang mempunyai rakaman dashcam di lokasi kejadian tampil membantu siasatan. - Agensi