5 platform media sosial pilihan calon jawatan Presiden AS selain Twitter, Facebook

Syafique Shuib
Disember 17, 2015 09:02 MYT
Calon pilihan raya AS seperti Hillary Clinton menggunakan platform seperti Snapchat dan Periscope untuk mendekat diri dengan pengundi muda. Gambar fail
KETIKA menjadi calon parti Demokratik untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008, Barack Obama yang ketika itu senator untuk Illinois banyak menggunakan Twitter dan Facebook untuk mendekatkan diri beliau dengan pengundi muda.
Media sosial secara tidak langsung merupakan platform yang berpengaruh dan memainkan peranan yang penting ketika pilihan raya dan Obama terus dilantik sebagai Presiden AS.
Sempena kehangatan pilihan raya AS 2016, laman web NBC News melaporkan landskap media sosial ketika ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu ketika Obama berkempen.
Ini kerana, Instagram, Snapchat dan Periscope mula raih populariti.
Selain Twitter dan Facebook, berikut adalah 5 platform media sosial yang digunakan calon-calon jawatan Presiden AS.
1) Snapchat
Menurut ComScore, 71 peratus pengguna Snapchat berusia antara 18 dan 34 tahun, manakala 45 peratus adalah antara 18 hingga 24 tahun.
Antara calon presiden AS yang menggunakan Snapchat adalah calon parti Demokratik Hillary Clinton.
Clinton kongsi video beliau menari kepada lagu ‘Whip and Nae Nae” yang popular di kalangan anak-anak muda.

I'd say following @HillaryClinton on snapchat was a pretty good decision pic.twitter.com/LpMhUZLD1G

— Neda (@mortazineda) September 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2) Tumblr
Tumblr bukanlah platform media sosial yang baru.
Diasaskan pada tahun 2007, Tumblr mempunyai pengikutnya yang tersendiri oleh kerana kandungan yang menarik, seperti meme.
Gambar: Tumble/Bernie Sanders
Bernie Sanders dari parti Demokratik antara pengguna tetap Tumblr.
Selain perkongsian yang lebih serius seperti isu semasa dan yang berkaitan dasar-dasar, beliau turut kongsi gambar-gambar yang menarik.
3) Periscope
Aplikasi penstriman video secara langsung yang dimiliki oleh Twitter ini dilancarkan tahun ini, namun sudah popular dikalangan netizen.
Clinton menggunakan platform ini untuk kongsi video-video disebalik tabir ketika berkempen.

Live on #Periscope from Roosevelt Island: https://t.co/KcgqKwI7Yp pic.twitter.com/GJTWxznuCo

— Hillary Clinton (@HillaryClinton) June 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4) Pinterest
Menurut laman web NBC News. hanya Clinton dan calon Republikan Ben Carson yang menggunakan platform ini.
Gambar: Pinterest/Hillary Clinton
Walaupun tidak popular berbanding platform lain, namun Clinton menggunakan platform ini untuk kongsi gambar keluarga manakala Carson menggunakan platform ini untuk kongsi gambar-gambar meme dan kata-kata motivasi.
5) Instagram
Selain Facebook dan Twitter, Instagram merupakan platform yang begitu popular.
Calon Republikan Donald Trump mendahului calon-calon lain dengan hampir 720,000 pengikut dan diikuti dengan Clinton dengan lebih kurang 574,000 pengikut.
Mereka kongsi gambar dan video disebalik tabir ketika berkempen.
#Ben Carson #Bernie Sanders #Donald Trump #Hillary Clinton #media sosial #pilihan raya AS