awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 kanak-kanak maut di Somalia akibat wabak difteria

Bernama
Bernama
07/12/2025
21:30 MYT
50 kanak-kanak maut di Somalia akibat wabak difteria
Kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun merupakan kumpulan yang paling terjejas. - Gambar fail Reuters
MOGADISHU: Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Somalia pada Ahad mengesahkan bahawa wabak baharu difteria telah meragut nyawa 50 kanak-kanak dan menjangkiti kira-kira 1,000 lagi di seluruh negara, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun merupakan kumpulan yang paling terjejas.
Bagi menangani "situasi berbahaya" ini, kementerian telah melancarkan kempen vaksin untuk mengawal penularan penyakit berkenaan, sambil memaklumkan bahawa pemberian vaksin akan bermula pada 15 Dis dan berlangsung selama lima hari.
"Semua kanak-kanak, di mana sahaja mereka berada - di kampung, kemudahan kesihatan dan sekolah - akan diberi vaksin," kata kementerian itu sambil menggesa ibu bapa membawa anak mereka ke lokasi yang ditetapkan bagi membantu mengekang apa yang digambarkan sebagai "penyakit pembunuh".
Amaran itu dikeluarkan ketika keadaan kemanusiaan di Somalia terus merosot akibat konflik berpanjangan dan kejutan iklim, termasuk banjir dan kemarau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#wabak
#Somalia
#difteria
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan