DUNIA
500 pelarian Syria dI Lubnan pulang ke tanah air dalam konvoi ketiga
Konvoi itu terdiri daripada kira-kira 90 keluarga - sekitar 500 orang - yang sebelum ini berpindah ke Lubnan akibat konflik di negara mereka. - Foto REUTERS/Khalil Ashawi
DAMSYIK: Pusat pemeriksaan sempadan al-Arida di wilayah pantai Tartous, Syria, pada Khamis menerima ketibaan konvoi ketiga rakyat Syria yang pulang secara sukarela dari Lubnan, menurut pihak berkuasa sempadan Syria.
Menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA), konvoi itu terdiri daripada kira-kira 90 keluarga - sekitar 500 orang - yang sebelum ini berpindah ke Lubnan akibat konflik di negara mereka.
Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada program "kepulangan sukarela" yang diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Pelabuhan Darat dan Laut Syria serta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), bertujuan memastikan proses kepulangan dilakukan dengan selamat dan bermaruah.
Pihak Berkuasa Am bagi Pelabuhan Darat dan Laut berkata dalam kenyataan di saluran Telegramnya bahawa semua prosedur yang diperlukan telah diambil untuk memudahkan kemasukan para pelarian dan menyediakan perkhidmatan asas, termasuk pengangkutan percuma ke bandar asal mereka di beberapa wilayah.
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Filippo Grandi memberitahu Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis bahawa sejak 8 Dis 2024, lebih 1.1 juta pelarian telah pulang ke Syria dari negara jiran.
-- BERNAMA