51 murid Jepun jatuh sakit terhidu gas di sekolah

Bernama
Mei 8, 2023 11:02 MYT
Setakat ini, 51 kanak-kanak mengadu keadaan kesihatan yang teruk dibawa ke hospital selepas semua kanak-kanak dipindahkan dari bangunan sekolah. - Gambar The Japan Times
TOKYO: Bau gas dilaporkan pada Isnin di sebuah sekolah rendah di wilayah Osaka Jepun, di mana berpuluh-puluh murid mengadu tidak sihat, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.
Kira-kira 10 pagi waktu tempatan, terdapat bau pelik seperti gas dilaporkan di Sekolah Rendah Kamei di bandar Yao, Wilayah Osaka, menurut polis tempatan.
Setakat ini, 51 kanak-kanak mengadu keadaan kesihatan yang teruk dibawa ke hospital selepas semua kanak-kanak dipindahkan dari bangunan sekolah, lapor polis.
Tiada gejala teruk dilaporkan.
Pihak berkuasa tempatan kemudiannya mengesahkan tiada kebocoran gas di bangunan sekolah, dengan punca bau masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
#Jepun #kebocoran gas #murid sekolah #Sekolah Rendah Kamei