6 cedera, 3 daripadanya parah dalam insiden tembakan di sekolah Oakland

Astro Awani
September 29, 2022 01:30 MYT
Anggota penguat kuasa berada di lokasi kejadian di kawasan sekolah di Oakland, California pada Rabu, 28 September 2022. -AP
OAKLAND: Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam kejadian tembakan pada Rabu di sebuah kawasan sekolah di California utara, Amerika Syarikat.
Insiden berlaku di Sojourner Truth Independent Study, sebuah tadika alternatif yang terletak di blok sama dengan tiga sekolah lain, lapor The Guardian.
Pasukan paramedik dilihat membawa keluar enam mangsa ke hospital, semuanya dengan luka tembakan.
Polis Oakland Kapten Casey Johnson memaklumkan tiga mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Highland.
Tiga lagi mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Eden di Castro Valley namun keadaan mereka tidak diketahui setakat ini.

The Oakland Police Department is investigating a shooting that occurred in the 8200 block of Fontaine Street. We are asking our Community Members to please avoid the area at this time. PIO is on the way to scene. Media we will update with staging area. pic.twitter.com/9zvmmW7lC3

— Oakland Police Dept. (@oaklandpoliceca) September 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Datuk Bandar Oakland, Libby Schaaf dalam tweetnya memberitahu mangsa yang cedera berusia 18, 19 dan 58 tahun.

Today's gun violence at Sojourner Truth school shocks the soul -- our schools are sanctuaries for our children. Our investigators report all six victims are adults + being treated for injuries at hospitals now. The school is now clear + all children being reunited w/ families.

— Libby Schaaf (@LibbySchaaf) September 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis memaklumkan sedang memburu suspek, dan tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang terlibat.
Motif kejadian juga sedang disiasat.
#sekolah Oakland #insiden tembakan #tiga mangsa kritikal #Pusat Perubatan Eden