DUNIA
6 ditahan ketika perlawanan Aston Villa-Maccabi Tel Aviv di Birmingham
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin di luar stadium sebelum perlawanan bermula. - Foto REUTERS
BIRMINGHAM: Polis West Midlands menahan enam individu semasa perlawanan Liga Europa UEFA antara Aston Villa dan kelab Israel, Maccabi Tel Aviv, yang berlangsung di Villa Park malam tadi di bawah kawalan keselamatan ketat.
Ringkasan AI
Tiga daripada mereka ditahan atas kesalahan gangguan awam berunsur perkauman, manakala seorang lagi ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam.
Dua tangkapan tambahan dibuat atas kegagalan mematuhi arahan polis, termasuk enggan menanggalkan pelitup muka dan melanggar perintah bersurai.
Lebih 700 anggota polis dikerahkan ke kawasan stadium dan sekitar Birmingham susulan keputusan Aston Villa tiga minggu lalu untuk melarang penyokong pelawat dari Israel hadir ke perlawanan atas faktor keselamatan.
Kira-kira 200 penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun di luar stadium sambil mengibarkan bendera dan membawa sepanduk, manakala sekitar 40 individu hadir dalam protes balas menyokong Israel.
Kempen untuk mengharamkan penyertaan pasukan Israel dalam kejohanan bola sepak Eropah dan antarabangsa semakin mendapat sokongan, berikutan konflik berterusan di Gaza.
Aktivis hak asasi menegaskan lebih 400 pemain bola sepak Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel sepanjang dua tahun lalu.
Perlawanan yang berlangsung di bawah kawalan ketat itu berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Aston Villa, namun suasana di luar padang terus mencerminkan ketegangan geopolitik yang membayangi dunia sukan.
Ringkasan AI
- Polis menahan enam individu atas kesalahan perkauman, gangguan awam dan ingkar arahan semasa perlawanan Liga Europa di Villa Park.
- 200 penunjuk perasaan pro-Palestin dan 40 penyokong Israel berhimpun di luar stadium, mencerminkan ketegangan geopolitik.
- Kempen mengharamkan pasukan Israel dalam bola sepak antarabangsa semakin mendapat sokongan susulan konflik berterusan di Gaza.