awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 juta data pelanggan Qantas terjejas dalam serangan siber

Bernama
Bernama
02/07/2025
04:40 MYT
6 juta data pelanggan Qantas terjejas dalam serangan siber
Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengesahkan bahawa data sehingga enam juta pelanggannya diakses oleh penjenayah siber. - Gambar hiasan
SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengesahkan bahawa data sehingga enam juta pelanggannya diakses oleh penjenayah siber, lapor agensi berita Jerman dpa.
Dalam kenyataan pada Rabu, Qantas memaklumkan, insiden itu berlaku apabila seorang penjenayah siber menyasarkan pusat panggilan dan berjaya menceroboh sistem khidmat pelanggan yang dikendalikan oleh pihak ketiga.
Bagaimanapun, sistem berkenaan berjaya dikawal dan tiada sebarang kesan terhadap operasi mahupun keselamatan penerbangan Qantas.
Menurut syarikat, platform pihak ketiga terbabit menyimpan rekod perkhidmatan kira-kira enam juta pelanggan dan aktiviti mencurigakan dikesan pada Isnin.
"Kami masih menyiasat sejauh mana jumlah data yang telah dicuri, namun kami menjangkakan skala kebocoran ini adalah besar," menurut Qantas.
Hasil semakan awal menunjukkan maklumat yang terjejas termasuk nama pelanggan, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan nombor keahlian 'frequent flyer.'
Namun Qantas menegaskan, sistem itu tidak menyimpan maklumat kad kredit, data kewangan peribadi atau butiran pasport.
Akaun keahlian pelanggan juga tidak digodam dan tiada kata laluan, nombor PIN atau maklumat log masuk yang terdedah.
Qantas turut memaklumkan bahawa pelanggan yang terlibat sedang dihubungi secara berperingkat bagi memaklumkan situasi sebenar dan bantuan yang tersedia.
"Kami memohon maaf kepada para pelanggan dan mengakui insiden ini menimbulkan ketidakpastian," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qantas, Vanessa Hudson.
Beliau berkata, pihak syarikat kini bekerjasama rapat dengan pakar keselamatan siber kerajaan Australia bagi menyiasat dan menangani isu berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qantas
#serangan siber
#data pelanggan Qantas
#Penjenayah Siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan