DUNIA
  
            6 maut, 28 cedera dalam kebakaran bangunan di China
Enam maut manakala 28 lagi cedera dalam kebakaran bangunan di wilayah Jiangsu, timur China pada Khamis. - Gambar hiasan
            
      NANJING (China): Enam maut manakala 28 lagi cedera dalam kebakaran bangunan di wilayah Jiangsu, timur China pada Khamis, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.
Kebakaran berlaku kira-kira 6.07 pagi di Perbandaran Weitang Daerah Xiangcheng di bandar Suzhou dan api berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.
Mangsa yang cedera termasuk dua parah telah dihantar ke hospital.
Siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran sedang dijalankan.
-- BERNAMA