KIEV: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera akibat serangan udara yang melanda wilayah Kharkiv dan Kherson, Ukraine awal Ahad, lapor Agensi Anadolu.
"Wilayah Kharkiv, daerah Izium, bandar Balaklia.
"Rusia melancarkan serangan peluru berpandu. Difahamkan lima orang cedera," dakwa ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak di Telegram.
Sementara itu, Gabenor Kharkiv Oleh Synyehubov berkata bahawa semua perkhidmatan kecemasan berada di lokasi serangan.
Synyehubov menambah bahawa tiga daripada lima mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah.
Gabenor Kherson, Oleksandr Prokudin mendakwa bahawa enam orang terbunuh manakala empat lagi cedera akibat serangan yang sama sepanjang hari lalu.
Prokudin mendakwa serangan itu menyasarkan "kawasan kediaman dan kawasan berpenduduk di rantau itu. Manakala 27 orang telah dipindahkan dari wilayah berkenaan," katanya.
Krisis Rusia-Ukraine, kini berlanjutan selama 14 bulan telah mengorbankan nyawa 8,709 orang awam dan mencederakan 14,666, menurut angka terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Gambar menunjukkan seorang anggota bomba di lokasi stesen kereta api di Kherson, Ukraine yang diserang tentera Rusia, pada 3 Mei 2023. -REUTERS
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul besi
Bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim, turut ditimpa malang apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan tukul besi berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
6 maut, 9 cedera dalam serangan udara di Ukraine
Prokudin mendakwa serangan itu menyasarkan kawasan kediaman dan kawasan berpenduduk di rantau itu.
Krisis Ukraine-Rusia: Bandar Kharkiv kembali bergelap
Bandar kedua terbesar Ukraine Kharkiv terputus bekalan eletrik selama beberapa jam selepas serangan terbaharu Rusia yang menyasarkan stesen janakuasa di seluruh negara itu.
Konflik Rusia-Ukraine pada tahap kritikal
Tentera Ukraine melancarkan serangan balas terhadap tentera Rusia dan menawan semula lebih banyak penempatan di wilayah Kharkiv, lapor Agensi Anadolu.
Ukraine: Lelaki bersenjata serah diri, 13 tebusan dibebaskan
Tembakan banyak kedengaran semasa operasi untuk membebaskan tebusan dijalankan, namun, tiada kecederaan dilaporkan.
Bahagian bangkai pesawat MH17 tiba di Kharkiv, Ukraine - Lembaga Keselamatan Belanda
Beberapa bahagian bangkat pesawat MH17 yang terlalu besar untuk dibawa dengan kereta api, tiba di Kharkiv, Ukraine dengan trak pada Sabtu.
MH17: Kerja mengalihkan bangkai pesawat di Ukraine selesai
Pakar Belanda selesai mengalihkan bangkai pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 dari lokasi nahas di timur Ukraine pada Ahad, lapor agensi berita AFP.
Gerabak keretapi tiba di Kharkiv
Gerabak mayat itu tiba di Kharkiv untuk diserahkan kepada pakar dari Netherlands sebelum diterbangkan ke negara tersebut.
MH17: Kereta api bawa mayat mangsa bertolak ke Kharkiv
Presiden Ukraine memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasi.