[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

6 maut dalam letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki

Bernama 04/11/2024 | 04:10 MYT
Mangsa terbunuh apabila rumah mereka runtuh akibat letusan gunung berapi berkenaan. - Gambar/ AP
JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mangsa terbunuh apabila rumah mereka runtuh akibat letusan itu, kata ketua kampung tempatan, Petrus Muda, kepada Agensi Berita Antara yang dikendalikan kerajaan.
"Gunung berapi itu meletus kira-kira 12.30 pagi waktu tempatan (1730 GMT Ahad). Enam dipercayai sekeluarga tertimbus di bawah runtuhan," Petrus dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata penduduk kampung telah melarikan diri dari rumah mereka dalam keadaan panik.
-- BERNAMA
#gunung berapi #Gunung Lewotobi Laki-laki #angka korban #Indonesia