INTERNATIONAL
6 maut pesawat ambulans terhempas di Chile
Pesawat ambulans kecil yang membawa enam orang terhempas di Curacavi, Chile, tanpa ada mangsa yang terselamat. -Gambar hiasan
SANTIAGO: Sebuah pesawat ambulans kecil yang membawa enam orang dan terputus hubungan pada Rabu ketika dalam penerbangan dari tengah ke utara Chile telah ditemukan terhempas tanpa ada mangsa yang terselamat, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Pesawat ambulans kecil yang membawa enam orang terhempas di Curacavi, Chile, tanpa ada mangsa yang terselamat.
- Tentera Udara Chile (FACH) mengerahkan anggota dan aset untuk operasi mencari sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat.
- Pejabat Pendakwa Raya dan pasukan penyelamat sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.
Tentera Udara Chile (FACH) melaporkan bahawa bangkai pesawat itu ditemukan di bandar Curacavi di pinggir Santiago.
FACH berkata pihaknya telah mengerahkan anggota dan aset sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu dan bekerjasama rapat dengan agensi lain dalam operasi mencari.
Menurut Direktorat Am Aeronautik Awam, pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Santiago ke bandar Arica di utara negara itu apabila ia hilang daripada radar pada petang Rabu.
Pejabat Pendakwa Raya bersama pasukan penyelamat kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.
-- BERNAMA