6 maut, puluhan cedera kereta api Amtrak tergelincir di Washington

Agensi
Disember 18, 2017 20:14 MYT
Dalam kejadian pada pagi Isnin itu, sebuah gerabak turut jatuh ke lebuh raya Interstate 5 menyebabkan keadaan tegang dan panik. - Foto Brooke Bova/Washington State Patrol/Handout via REUTERS
Sekurang-kurang-kurangnya enam maut dan hampir seratus yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di Tacoma, Washington, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian pada pagi Isnin itu, sebuah gerabak turut jatuh ke lebuh raya Interstate 5 menyebabkan keadaan tegang dan panik.
Angka korban dijangka meningkat.
Amtrak menerusi satu kenyataan memaklumkan, insiden membabitkan kereta api 501 itu sedang dalam perjalanan dari Seattle, Portland, Oregon.
Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang luar biasa selepas semua lorong menuju ke selatan Base Lewis-McChord ditutup sementara.
Punca kejadian sedang disiasat pihak Amtrak.
#Amtrak #Base Lewis-McChord #gerabak #gerabak jatuh #Interstate 5 #kereta api tergelincir #Tacoma Washington #tergelincir