awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pemimpin Israel berbelah bahagi menjelang pertemuan dengan Trump
DUNIA
Serangan udara Israel ragut puluhan nyawa, Gaza terus dibedil menjelang lawatan Netanyahu ke AS
DUNIA
USAID hentikan program bantuan luar berkuat kuasa 1 Julai - Rubio
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India

Bernama
Bernama
01/07/2025
16:32 MYT
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua wanita, maut dan beberapa yang lain cedera apabila berlaku letupan besar di sebuah kilang pembuatan mercun di negeri selatan India, Tamil Nadu pada Selasa. - Gambar fail/hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua wanita, maut dan beberapa yang lain cedera apabila berlaku letupan besar di sebuah kilang pembuatan mercun di negeri selatan India, Tamil Nadu pada Selasa, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.
Letupan yang menyebabkan kebakaran besar itu berlaku di dalam kilang yang terletak di sebuah kampung di Daerah Virudhunagar. Setakat ini, enam mayat ditemukan, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital tempatan.
Operasi menyelamat dan bantuan masih dijalankan dan siasatan sedang dilakukan untuk menentukan punca letupan.
Menurut polis, letupan kuat mencetuskan kebakaran besar dan kepulan asap tebal kelihatan menjulang di kawasan kilang. Bunyi mercun meletup secara berterusan turut kedengaran daripada dalam kilang ketika api sedang marak.
Letupan pada Selasa di kilang pembuatan mercun ini adalah kejadian kedua di selatan India dalam dua hari berturut-turut, selepas letupan di sebuah kilang farmaseutikal di negeri selatan Telangana semalam, yang meragut 35 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#kilang mercun
#selatan India
#Tamil Nadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami