awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 maut tembakan rambang di AS

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2022
01:00 MYT
6 maut tembakan rambang di AS
Kesan tembakan di cermin sebuah kedai di Philadelphia. - Foto AP
SEKURANG-kurangnya enam orang terkorban manakala lebih 25 lagi cedera dan dua kejadian tembakan rambang masing-masing di Pennsylvania dan Tennessee, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut polis, dalam kejadian di Philadelphia, tiga maut, dua lelaki dan seorang wanita, selepas beberapa suspek melepaskan tembakan terhadap orang ramai di South Street.
Beberapa orang turut cedera dalam kejadian itu.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan orang ramai bertempiaran selepas tembakan dilepaskan suspek.
Di Tennessee pula tiga maut manakala 14 lagi cedera dalam kejadian serangan di sebuah kelab malam pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Chattanooga, Celeste Murphy 14 mangsa terkena tembakan manakala tiga lagi dirempuh kereta ketika cuba melarikan diri.
Katanya, dua mangsa maut akibat terkena tembakan manakala seorang lagi dirempuh kereta.
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 16 dewasa dan seorang remaja, dikejarkan ke hospital di mana beberapa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Siasatan awal mendapati terdapat beberapa suspek yang telah melepaskan tembakan di kelab malam tersebut.
Kesemua suspek di kedua-dua tempat kejadian melarikan diri sejurus selepas insiden itu dan polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berdekatan.
Topic Berkaitan
#serangan
#kelab malam
#tembakan rambang
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan