[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

6 terbunuh, 11 cedera letupan berkembar berdekatan sekolah di Kabul

Bernama 19/04/2022 | 16:52 MYT
Anggota Taliban mengawal kawasan yang terlibat dalam letupan di Kabul pada Selasa. - Gambar/ Reuters
KABUL: Enam maut manakala 11 lagi cedera dalam insiden letupan berkembar di kawasan Dasht-e-Barchi, di Kabul, Afghanistan pada Selasa, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran.
"Kejadian berlaku berdekatan sekolah Abdul Rahim Shahid pada 10.00 pagi waktu tempatan hari ini, enam terbunuh dan 11 yang lain cedera," ciap Zadran di akaun Twitternya, lapor Xinhua
Beliau berkata mangsa terdiri mereka yang bermazhab Syiah namun, maklumat lanjut tidak didedahkan.
Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.
-- BERNAMA
#Kabul #Afghanistan #letupan #sekolah