awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 terbunuh dalam serangan di lapangan terbang di Kurdish, Iraq

Bernama
Bernama
19/09/2023
06:12 MYT
6 terbunuh dalam serangan di lapangan terbang di Kurdish, Iraq
Pasukan keselamatan telah mengepung lapangan terbang itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis punca serangan dan pihak yang terlibat. - Gambar tangkap layar/ Twitter @Bilesa_Shaweys
BAGHDAD: Serangan bom yang menyasarkan sebuah lapangan terbang di wilayah separa autonomi Kurdistan Iraq pada Isnin, membunuh enam orang dan mencederakan seorang yang lain, menurut pegawai tempatan dan sumber perubatan, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Pertanian Arbat di pinggir tenggara bandar Sulaymaniyah, kira-kira 325 kilometer timur laut Baghdad pada petang Isnin.
"Masih belum jelas sama ada serangan itu menggunakan dron, artileri atau peluru berpandu.
"Pihak berkuasa keselamatan masih cuba mengenal pasti sama ada insiden itu merupakan serangan pengganas, serangan yang tidak sengaja atau dilakukan oleh pihak luar," kata sumber itu.
Beliau berkata pasukan keselamatan telah mengepung lapangan terbang itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis punca serangan dan pihak yang terlibat.
Sumber perubatan di Hospital Shar di Sulaymaniyah berkata enam terbunuh dalam pengeboman di lapangan terbang Arbat dan seorang lagi cedera parah.
Pihak berkuasa keselamatan Kurdish belum membuat kenyataan rasmi mengenai serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan lapangan terbang
#Iraq
#Kurdish
#angka maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan