awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2025
05:30 MYT
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
Kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki bersenjata menaiki sebuah van dan dua motosikal melepaskan tembakan ke arah orang awam di kawasan tumpuan pelancong. -Gambar hiasan
QUITO: Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam insiden tembakan rambang di persiaran pantai Puerto Lopez, Ecuador, pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam insiden tembakan rambang di persiaran pantai Puerto Lopez, Ecuador, pada Ahad.
  • Pihak berkuasa mengesahkan kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki bersenjata menaiki sebuah van dan dua motosikal melepaskan tembakan ke arah orang awam di kawasan tumpuan pelancong.
  • Motif serangan dipercayai berkait dengan konflik dalaman antara kumpulan jenayah terancang, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki bersenjata menaiki sebuah van dan dua motosikal melepaskan tembakan ke arah orang awam di kawasan tumpuan pelancong.
Tiga lagi mangsa cedera dalam serangan itu.
Polis Ecuador memaklumkan suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan.
Motif serangan dipercayai berkait dengan konflik dalaman antara kumpulan jenayah terancang, namun siasatan lanjut masih diteruskan.
Insiden ini merupakan serangan maut ketiga di Puerto Lopez dalam tempoh hujung minggu yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di bandar itu meningkat kepada sembilan orang.
Presiden Ecuador, Daniel Noboa, yang sebelum ini memperkenalkan dasar keselamatan yang lebih tegas bagi membanteras keganasan berkumpulan, menerima tekanan baharu susulan peningkatan mendadak kes jenayah bersenjata di negara itu.
Penganalisis keselamatan menyifatkan serangan ini sebagai bukti bahawa cabaran terhadap keselamatan awam masih belum dapat ditangani sepenuhnya.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan suasana panik orang ramai yang bertempiaran lari menyelamatkan diri ketika tembakan dilepaskan.
Pihak berkuasa telah mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan pelancongan utama dan menasihatkan orang ramai agar berwaspada.
Puerto Lopez, yang terletak di wilayah Manabi, merupakan destinasi pelancongan popular di pesisir barat daya Ecuador dan terkenal dengan keindahan pantai serta ekopelancongan marin.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku dalam insiden tembakan rambang di persiaran pantai Puerto Lopez, Ecuador? A: Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam serangan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
  • Q: Apakah motif di sebalik serangan tembakan tersebut? A: Motif serangan dipercayai berkait dengan konflik dalaman antara kumpulan jenayah terancang, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah insiden tersebut? A: Pihak berkuasa telah memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan pelancongan utama dan menasihatkan orang ramai agar berwaspada menyusul serangan yang berlaku.

Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#pantai Puerto Lopez Ecuador
#tembakan rambang
#lelaki bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan