60 maut dalam serangan pengganas - Junta Mali

Bernama
September 8, 2023 05:45 MYT
Lebih 60 orang dilapor maut apabila anggota militan menyerang bot dan kem tentera di timur laut Mali. - Gambar hiasan
BAMAKO: Lebih 60 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Mali termasuk sekurang-kurangnya 49 orang awam dan 15 anggota tentera, menurut junta Mali pada Khamis, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Anggota militan menyerang bot dan kem tentera di timur laut Mali.
Sementara itu, sekitar 50 militan didakwa turut terkorban, lapor media tempatan.
Mali, dengan populasi sekitar 20 juta penduduk, telah mengalami tiga siri rampasan kuasa tentera sejak 2012.
Sejak rampasan kuasa pada Mei 2021, negara itu telah dipimpin oleh kerajaan sementara.
Pada Jun ia menuntut 12,000 tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikerahkan ke misi pengaman, dikenali sebagai MINUSMA untuk meninggalkan negara itu.
MINUSMA akan berundur menjelang akhir tahun dan merancang untuk menyerahkan pangkalannya kepada pasukan keselamatan Mali.
-- BERNAMA
#Mali #rampasan kuasa #junta tentera #serangan pengganas