awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2025
14:47 MYT
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui. - AP
AGENSI: Lebih 60 orang dikhuatiri maut selepas sebuah jet penumpang American Airlines bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat pada Rabu, sebelum terhempas ke dalam Sungai Potomac berhampiran Lapangan Terbang Nasional Reagan Washington, lapor Reuters.
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
"Kami akan berusaha mencari semua mayat dan menyatukan mereka dengan keluarga masing-masing," tambahnya.
Terdahulu media melaporkan sejumlah 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac susulan nahas pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan Washington di Washington DC, pada Rabu.
Pesawat PSA Airlines Bombardier CRJ700 dilapor membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala helikopter 'Black Hawk' Sikorsky H-60 milik Tentera Darat membawa tiga anak kapal.
Antara penumpang dalam pesawat termasuk peluncur ais, keluarga, dan jurulatih yang pulang dari acara di Wichita, Kansas, termasuk bekas juara dunia kelahiran Rusia, Yevgenia Shishkova dan Vadim Naumov.
Presiden AS Donald Trump dalam pada itu berkata, tragedi itu tidak seharusnya berlaku dan boleh dielak, selain mempersoalkan tindakan menara kawalan dan helikopter terbabit.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca nahas dan akan memberikan maklumat lanjut sebaik sahaja siasatan selesai.
Topic Berkaitan
#tragedi
#American Airlines
#Black hawk
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan