60 terbunuh letupan lombong emas di Burkina Faso

Astro Awani
Februari 21, 2022 23:03 MYT
Mayat mangsa di tempat kejadian. - Foto REUTERS
OUAGADOUGOU: Kira-kira 60 pelombong terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam kejadian letupan di tapak perlombongan emas pada Isnin.
Kejadian berlaku di Gbomblora, sebuah kampung kecil yang terletak di barat daya Burkina Faso
Punca kejadian masih belum diketahui namun pihak berkuasa percaya ada kaitan dengan bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan emas.
"Keadaan sangat teruk. Saya lihat mayat bergelimpangan di tapak tersebut," kata seorang renjer taman rimba yang berada di lokasi kejadian kepada agensi berita Associated Press.
Katanya, letupan pertama berlaku pada kira-kira jam 2 petang waktu tempatan, disusuli dengan beberapa letupan lain.
#lombong emas #letupan #Terbunuh #bahan kimia