DUNIA
6,000 penduduk terpaksa diamputasi di Gaza perlu rehabilitasi jangka panjang segera
Keadaan mereka yang terpaksa diamputasi di Gaza amat "mengejutkan", dengan 25 peratus daripada semua kes amputasi melibatkan kanak-kanak. - Foto Mer-C
ISTANBUL: Seramai 6,000 orang yang terpaksa diamputasi di Gaza akibat serangan Israel memerlukan rehabilitasi jangka panjang dengan segera, menurut Kementerian Kesihatan pada Rabu, sambil memberi amaran mengenai kesan kemanusiaan yang teruk dan berpanjangan terhadap ribuan keluarga.
Dalam satu kenyataan sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa, kementerian itu berkata keadaan mereka yang terpaksa diamputasi di Gaza amat "mengejutkan", dengan 25 peratus daripada semua kes amputasi melibatkan kanak-kanak yang kini berdepan kecacatan kekal pada usia muda, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ribuan orang awam yang cedera serta keluarga mereka mengalami "penderitaan kemanusiaan yang mendalam", sekali gus menggariskan keperluan segera untuk rehabilitasi fizikal yang berterusan serta perkhidmatan sokongan psikologi dan sosial, kata kementerian itu.
Kementerian itu turut menggesa organisasi antarabangsa berkaitan memberi keutamaan kepada mereka yang terpaksa diamputasi di Gaza dan memperkukuh akses kepada rawatan khusus serta program rehabilitasi.
Pada September lalu, Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata Gaza kini merekodkan jumlah kanak-kanak yang terpaksa diamputasi per kapita tertinggi di dunia sejak serangan Israel bermula.
Sejak Oktober 2023, tentera Israel telah membunuh lebih 70,000 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain dalam serangan kejam yang turut memusnahkan wiayah itu. Serangan itu terhenti selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Okt.
-- BERNAMA