DUNIA
61 hilang selepas feri karam berhampiran Bali
Anggota pasukan keselamatan Indonesia melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat 61 individu dilaporkan hilang selepas sebuah feri karam berhampiran pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali. - Gambar Reuters
DENPASAR: Sekurang-kurangnya 61 individu dilaporkan hilang selepas sebuah feri karam berhampiran pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali, menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan pada Khamis (3 Julai).
Menurut kenyataan Agensi Mencari dan Menyelamat Surabaya, insiden berlaku sekitar jam 11.20 malam Rabu di Selat Bali ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari pulau utama Indonesia, Jawa, menuju ke destinasi pelancongan popular itu.
“Data manifes menunjukkan feri membawa seramai 53 penumpang dan 12 anak kapal,” menurut agensi berpangkalan di Jawa itu, sambil menambah bahawa operasi menyelamat masih giat dijalankan.
Feri berkenaan juga dilaporkan membawa 22 kenderaan termasuk 14 buah lori, tambah kenyataan itu lagi.
Dalam kenyataan susulan, agensi penyelamat memaklumkan seramai empat mangsa telah berjaya diselamatkan pada awal pagi Khamis.
Insiden kemalangan laut bukan sesuatu yang luar biasa di Indonesia - negara kepulauan Asia Tenggara yang mempunyai kira-kira 17,000 pulau - berikutan piawaian keselamatan yang longgar dan tahap penyelenggaraan yang rendah.
Pada Mac lalu, sebuah bot yang membawa 16 penumpang terbalik akibat laut bergelora berhampiran Bali, mengorbankan seorang wanita warga Australia dan mencederakan sekurang-kurangnya seorang lagi.
Sementara pada 2018 pula, lebih 150 orang maut apabila sebuah feri karam di salah satu tasik terdalam di dunia di Pulau Sumatera. - Agensi